Pengasas PIKUM Silat_Kalam

Zahalan bin Mat merupakan anak jati Perlis yang dilahirkan pada 14 Januari 1947 di Kampung Stesen Arau,Perli. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa Pulau Pinang sehingga darjah tiga.Seterusnya menyambung pelajarannya ke S.M.C HUTCHING SCHOOL dan berpindah ke St.Xaviers sehingga tingkatan tiga. Mendapat pendidikan agama dan seni mempertahankan diri dari Pak Guru Yahya Said, salah seorang guru dalam bidang seni silat pada tahun 70-an. Sebelumnya, beliau belajar Silat dengan Cikgu Azmi Long dan Cikgu Radzuan Long pada tahun 1969. Dalam masa yang singkat, beliau dilantik menjadi jurulatih kanan pada tahun 1971. Dua tahun seterusnya, Pak Guru Yahya Said berkenan mengijazahkan beliau sebagai Guru Silat Kalam. Cikgu Zahalan Man, begitulah panggilan akrabnya adalah pernah berkhidmat sebagai Tentera Diraja Malaysia dari tahun 1965-1976. Pada kesempatan itulah,beliau banyak menimba berbagai ilmu persilatan yang antara lain, Silat Kuntau Siam dari Cikgu Fahmi, Silat Sunting Dua Belas dari Cikgu Mohammad dan Silat Cimande dari Pak Karto. Tidak hairanlah,dengan adanya ilmu dan kecekapan serta ketangkasan beliau didalam persilatan ini,Dato' Dr Sabri Salleh selaku Presiden IBF Tae Kwan Do telah menganugerah Anugerah Kehormat Tertinggi ke atas Cikgu Zahalan Man pada 5 Oktober 1990. Bagi menunaikan amanah Gurunya,yakni Pak Guru Yahya Said, maka beliau bersama-sama dengan sahabat seperjuangan telah mengasaskan Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia (PIKUM) pada tahun 1997 sehinggalah sekarang.

Terdapat 6 Adap yang dimestikan oleh PIKUM keatas ahli-ahlinya untuk diamalkan,iaitu:-

  1. Beradapan kepada Allah dan Rasul.
  2. Beradapan kepada Ibu dan Bapa.
  3. Beradapan kepada Abang dan Kakak.
  4. Beradapan kepada Guru-guru yang mengajar kebaikan.
  5. Beradapan kepada sesama ahli Seni Silat Kalam Utama.
  6. Beradapan kepada semua Insan.

Maksud Adap disini ia diibaratkan Tunjang kepada sebatang pokok.Jika kuat Tunjang itu suburlah pokok tersebut dan menghasilkan buah-buahan yang baik.Kalau ia reput maka pokok tersebut akan tumbang bila-bila masa.

Disamping 6 Adap diatas,bagi membina jiwa yang berwibawa dan bermaruah terdapat 5 pantang-larang.Beberapa pantang-larang itu adalah berikut:-

  1. Tidak boleh menderhaka kepada Ibu dan Bapa.
  2. Tidak boleh menderhaka kepada Abang dan Kakak.
  3. Tidak boleh menderhaka kepada segala Guru yang mengajar kebaikan.
  4. Tidak boleh menderhaka kepada semua Ahli Kalam Utama.
  5. Tidak boleh mencaci keatas segala rupa Silat yang lain.

Pelajaran dan Pendidikan Seni Silat Kalam adalah mempraktikkan latihan Jasmani dan amalan-amalan Rohani bagi memeperteguhkan kenyakinan diri agar memperolehi kekuatan Iman,Islam,Ikhsan dan Adap.